Saturday, April 16, 2011

Just A Story...

Assalamualaikum semua, apa khabar? 
Ramai lah jugak kawan-kawan aku dah bising,
bila nak update blog dan buat entry baru.
Sorry lah sekarang dah busy sikit,
banyak kerja nak buat,
so, tak ada masa nak update blog,
lagipun, aku duduk asrama.
Balik asrama pun,
duduk rumah buat kerja sekolah
(padahal tak buat pun, 
harap saja bawak balik semua buku yang ada kerja sekolah  
tapi, satu hapa pun tak buat)
duduk rumah pun dua hari saja.
Rasa macam tak puas cuti, rasa macam...(hanya Tuhan saja yang tahu)
cepat nya masa berlalu.

Minggu nih balik, alhamdullillah.
Sebab cuti sampai hari selasa,
hari Isnin sekolah ambik cuti peristiwa,
sebab, petang hari Jumaat hingga hari Ahad pagi atau petang,
kat sekolah buat camping unit beruniform.
Hari Selasa, cuti Sultan Perak.
Balik asrama petang hari Selasa lah.

Kalau kat asrama,
ramai jugak yang tahu blog aku nih,
sama jugak kat sekolah,
Mana dorang tahu, tak tau lah aku.

Aku baru dapat tahu, masa balik rumah hari Jumaat (semalam).
hari tuh mama dapat temu duga untuk kenaikkan pangkat,
sekarang mama dah jadi Penolong Kanan Kokurikulum.
Mama kena pindah sekolah lain,
dekat Panchor.
Adik aku merajuk sampai tak nak pergi sekolah hari Jumaat (semalam),
sebab dia pindah sekolah, nak ikut mama,
tapi mama tak bagi.

Itu saja lah yang dapat nak diceritakan.

cop...cop...cop sebelum tuh,
nanti 30 April ada hari terbuka asrama dan penutup Fiesta Kokurikulum(hentam saja lah ejaan macam manam pun)
harap-harap lah Dorm C yang menang dorm yang tercantik.
Hari terbuka asrama orang luar boleh masuk.

Okay, bui-bui.